Tuesday, December 9, 2008

memalukan..

Dia penjaga gol terbaik negara, tapi hari ini dia mengecewakan: Sathia

TIGA kesilapan 'budak sekolah' penjaga gol, Helmi Eliza Elias menyaksikan Malaysia dirundung malang apabila kecundang 2-3 kepada Vietnam di Stadium Surakul, sekali gus menyempitkan laluan ke separuh akhir Kejohanan Piala Suzuki AFF, malam tadi.

"Ia memang kesilapan penjaga gol. Dia (Helmi) adalah penjaga gol terbaik negara ketika ini, tetapi hari ini, dia jelas mengecewakan.


ULASAN SENDIRI.

Saya sebagai peminat bolasepak merasa kecewa terhadap persembahan yg ditunjukkan oleh penjaga gol negara (nama seperti tertera diatas) yg seolah-olah melakukan tindakan yg memang kurang wajar (tindakan BODOH).Dh le tinggal 2 minit lg masa permainan tamat, boleh plak dia buat perangai mcm tu.hawau btul...sorry, rasa geram dh mmbuak2. Mcm mne rakyat nk sokong bolasepak negara kalau kualiti yg ditunjukkan oleh pemain mcm bdak sekolah rendah drjah 4....hampesss...poor ending for mlysian team

Monday, November 17, 2008

saling ingat-mengingati

Untuk renungan bersama. Semoga kita mendapat menafaat.
Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu
2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)
3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)
4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)
5. Anak menderhakai ibunya
6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya
7. Ayahnya (pula) disingkir jauh
8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)
9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)
10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya
11. Arak menjadi minuman lumrah
12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)
13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung
14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.
(Hadith riwayat Tirmizi)

Saturday, November 1, 2008

Apa yg laki suka dan tak suka





Lelaki suka:
Sikap kelakar
Budi pekerti dan kesopanan
Murah hati
Senyuman manja
Pandai memasak
Pandai dalam mengenakan pakaian
Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
Tak mudah naik angin
Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
Tak terlalu seksi dalam berpakaian
“Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
Berwawasan atau bercita-cita tinggi
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
Sikap keibuan
Sukakan kanak-kanak
Suara lembut tanpa dibuat-buat
Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
Tahu bersyukur
Pandai berjimat-cermat
Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki Tak Suka:
Wanita yang suka mengumpat
Sombong dan bongkak
Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
Hisap rokok
“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
Wanita yang hipokrit
Pembohong dan suka mencari alasan
Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
Pengotor dan pemalas
Tak bertanggungjawab langsung
Tak pandai mengemas
Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
Kuat berleter walau hal remeh temeh
Boros berbelanja
Tak tahu memasak
Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
“Queen Control” atau suka mengarah-arah
Tak pandai bergaya atau selekeh
Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
Panas baran
Kuat merajuk dan sukar dipujuk
Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
Tak mahu mengakui kesilapan dan ego
Ntah btul ntah idak.

renung2 kan dan selamat beramal....

terapi SOLAT

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
Sumber: BH Online

Monday, October 20, 2008

open house


kemeriahan raya sudah masuk ke minggu ke-3..namun di johor kemeriahannya sama seperti berada pada hari raya pertama lg...itula uniknya org2 di johor nie..ngeee..so, dgn masa yg amat terhad (buzy memanjang ngn study) mnggu lpas wa adakan open house kt rmh wa (tuan rumah yg ade 'towel' kt leher tu) khas untuk the closest fren...hehe... sempena hari raya dan juga sempena besday wa yg ke-24.

teman2 sekuliah suma dtg memeriahkan lgi majlis open house ni...terharu dgn komitment korang walaupun korang sibuk dgn final year tesis namun korang tetap dtg..i respect u all...love u all!!!! muaccchhhhhh!!..best btul dpt kwn2 mcm korang..

kenangan yg xdpt dilupakan sepnjg berada dialam kampus ini...
wa doakan korang suma success for final year ni with ur flying colours result..

aku sentiasa mengingati kalian suma...
selamat menempuh ke alam pekerjaan yg lebih mencabar!!!

smoga berjmpa kalian lg....

salam dri,

-apeks-

Thursday, October 16, 2008

apa nasib org melayu......

kemaskini 8.00pm Kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan Kampung Baru Plentong Tengah di Johor Bahru dibebaskan awal malam ini.
Mereka, termasuk seorang pemimpin PAS Johor dan aktivis hak asasi, dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.
Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya - tempat mereka ditahan sejak pagi tadi - pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.
Ketika mengesahkan perkara itu, setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk terbabit, Taslim Nani berkata, beliau fahamkan lima orang peguam telah dilantik untuk membela mereka.
Beliau juga merupakan salah seorang mereka yang ditahan pagi tadi kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.
kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Mereka - termasuk tiga wanita - ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.
Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.
Ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS negeri Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.
Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa.
Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.
Katanya, beliau difahamkan Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi setelah dimulakan kira-kira jam 10 pagi.
Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.
kampung baru plentong tengah johor bahru protest Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.
Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.
Menurut seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.
Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.




Wednesday, October 15, 2008

al-kisah

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di situ. Semasa berbual dan bermesra si isteri bertanya kepada si suami. Isteri :Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai mu Sayang! Isteri :Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! Isteri : Tak boleh beri bukti?? Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun abang tidak boleh terangkan sebabnya Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!" Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan mecatitkan sesuatu dipapan tulis di sebelah katil isterinya di hospital. Catitan tersebut berbunyi begini : "Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi Kerna engkau sekarang lumpuh dan tidak berdaya. Engkau koma terbaring umpama mayat. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dari dulu, sekarang dan selama-lamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati, wahai sayang ku."

Monday, October 13, 2008

pack and jammed

jadual padat minggu ini


14/10/2008 :Test CAD/CAM

15/10/2008: Presentation CAD/CAM

16/10/2008: Presentation ADVANCED MACHINING

17-19/10/2008 : PSM II

20/10/2008: Presentation ETHIC









AND THE IMPORTANT THING!!!!



3/11/2008 : FINAL EXAMMMMM!!!!!!!





AND THE MOST-MOST IMPORTANT!!!


29/11/2008: VIVA FOR PSM II

perjuangan belum selesai

Afta a long week i'm bak on track!!!!!....Bermula lah satu tempoh masa yang kritikal bagi hidupku sebagai seorang mahasiswa universiti. setelah hampir 6 tahun menimba ilmu, akhirnya aku berada di penghujung landasan terbaikku untuk ke alam kerjaya pula. Bagi kebanyakan orang yg masih berada dalam suasana gembira hari raya aku pula sibuk memikirkan kerja2 yg byk tertangguh...PSM (Projek Sakitkan Mental) salah satu dari virus yg perlu aku tempuhi dgn jayanya utntuk membolehkan aku bergraduasi..pernah juga aku terfikir adakah berbaloi aku menghabiskan masa selama 6 tahun ini untuk mendapatkan segulung ijazah? adakah selepas ini aku mendapat kerja yg setimpal dengan kelulusan aku ini? pernah juga aku patah semangat untuk meneruskan cita-cita aku ini beberapa kali, namun bila dikenangkan kembali segala pengorbanan ibu, aku kembali bersemangat utk menuntut ilmu..apa yg penting sekarang pada aku ialah menghabiskan sisa-sisa pembelajaran aku disini yg kurang 5 bulan lagi untuk tamat...syukur alhmdulilah...akhirnya aku berjaya juga...insyaAllah...
kembali kepada rutin harian ku..pantang ada masa terluang, PSM pasti dihatiku..huhu..seolah-olah tiada subjek lain yg perlu aku focuskan...sememangnya disebabkan PSM ini lah yg paling penting dlm sejarah mahasiswa kejuruteraan.

Thursday, October 9, 2008

aku adalah aku

aku adalah aku:

diriku yg sebenar? how to describe it?ermmmm....everyone call me APEK...xtau apa sbbnye...adusss...mybe muka aku mcm apek juai suratkhabar kot..seorang jejaka berusia awal 20-an. Seorang mahasiswa yg xberapa nak cerdik sgt..hihi..interested kt sport activities especially badminton ( nk jdi mcm Datuk Lee Chong Wei) satu hrini nnt..hope so..suka kpd suma yg simple..happy go lucky person, tpi kdg2 panas baran..tpi xsmpi suhu panas lampau..hee..kuat tdo..kdg2 tu tdo smpai 9 jam satu hari..huhu..sbb tu mata sampi naik bengkak..my mom say dulu2 aku ni seorang yg degil, suka gaduh ngn abg haku, walaupun dia lebih besar mcm king kong tpi aku tetap blasah dia gak..yeehaaa..apa lg ekk...LEAVE ME ALONE (klo aku ade masalah) suka selesaikan masalah sorang2...xsuka cite kt org lain..even mak aku yg aku paling rapat pun aku xnak cite....tpi ble kpala dh naik 'mubeng' (bahasa jawa) pkir psal masalah, then bru aku membukanya kpada khalayak umum..mmmbr2 rapat aku ckp aku ni too serious (tengok tang muka kot)..tpi sbnrnya aku ni friendly beb...cita-cita nk jdi engineer..sbb aku tgk abg aku kije mcm syiok je.. n target nak kije kt oversea expecially kt midle east...sbb wa tgk kt sne bright chances nk success and bley bw pulang manyak duit ma...(leh kawin cepat)haha..xtau gak mungkin rezeki ade dimana2..yg penting kena kuat usaha klo nk berjaya..minat gler pd engineering field, tpi result every smester tak berapa nk flying colour la..flying skit2 je....pastu jatuh...hahaha..xtau apasai..mngkin ade something going wrong somewhere kot.....SINGLE (my status now) kahkah...mcm xcaye je???
lpas break dlu wa mcm dh maleh nk cri pengganti...ssh nk forget first love kot...argghh...itu suma alasan je...wa pn tgh search gak skang ni calon2 utk jd bini wa...tnggu dan lihat jelah nnt mne yg trsangkut..maleh nk tulis pjg2..break jap...smbg smula esok..gtg...chiaoww!!